Saturday, February 11, 2012

Bila Nak Kahwin???

Alhamdulillah.... cantik dan sangat istimewa corak Kehidupanku.. sentiasa di warnai insan2 yang memberi semangat, memahami dan saling berkasih sayang.. Benar kata mereka.. Allah tu menciptakan hati dan di limpahkan kasih sayang di dalam nya agar manusia saling berukhwah antara satu sama lain.. =) Syukur ya Allah.. Tapi.. kala usia berganjak dari sehari ke sehari.. soalan wajib yang kerap kali telingan ku dengar "bila nak kawen nie,lma dh tunang xkn xnk kwen??...".huh.. Soalan yang hanya mampu aku balas dengan senyuman, walaupun di sudut hati aku sendiri tertanya² sudah tibakah saat nya aku memikirkan semua itu?? Sudah bersediakah aku untuk mengalas segala tanggungjawab itu nanti.. Aku sendiri masih mencari jawapan untuk semua itu.. ahhhh!!! kenapa satu soalan itu sungguh sukar aku mendapatkan jawapan nya.. Ya Allah semoga Kau sentiasa memberi pertunjuk kepada hamba mu ini untuk memilih jalan yang terbaik.. sesungguhnya hanya Kau yang maha mengetahui.. Jauh di sudut hati, aku sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk kami.. Ya Allah, jika Kau telah menetapkan jodoh antara kami.. Kau pelihara dan satukan lah hati kami.. Namun sekiranya Kau telah menetapkan ada "sesuatu" yang lebih baik antara kami, Kau berilah kami kekuatan dan kesabaran agar kami redha dengan setiap ujian Mu.. =) Rindu itu derita namun tetap terlahir rasa bahagia, kerana rindu itu separuh dari nafas cinta..♥♥♥

No comments:

Post a Comment